Antara sebab sembahyang ditolak
ialah seperti yang disebut oleh sebuah hadis yang maksudnya, Seorang lelaki yang
sembahyang tidak membaca apa-apa. Apakah ada orang yang mendirikan
sembahyang tidak membaca apa-apa?
Maksud di sini ialah lelaki itu
tidak mengetahui
makna bacaan-bacaan dalam sembahyangnya.
Mengapa ditolak?
Seorang ulama’ tersohor masa
ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi selalu menyebut bahawa setiap hukum syariat
ada tujuan atau alasannya. Tidak terkecuali ialah ibadah sembahyang.
Antara tujuan ibadah sembahyang
ialah seperti yang disebut oleh sebuah buku yang menyebut, The true
meaning of salah, its real worth and significance can be appreciated only when
there is an adequate awarness of the nature of the relationship betweet God and
man (The 4 Pillars
of Islam, 1).
Yang ertinya bahawa sembahyang akan
lebih bermakna sekiranya disertai
dengan kesedaran tentang hubungan antara pengamalnya
dengan Tuhannya. Ini menggambarkan tentang konsep sembahyang yang sebenarnya iaitu bukan setakat menunaikan
13 rukunnya sahaja, tetapi yang
dapat membina tali
hubungan antara hamba dengan Tuhannya.
Kenyataan ini serasi dengan
kenyataan Prof. Dato’
Dr. Haron Din yang menyebut dalam bukunya, Ibadat
merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan Tuhan (Manusia dan
Islam, 113).
Bolehkah terbina hubungan yang dimaksudkan oleh kedua-dua petikan di atas
ini jika tidak mengetahui makna bacaannya. Apabila membaca ayat tetapi tidak mengetahui maksudnya bagaimanakah
hendak membina hubungan antara dirinya dengan Tuhannya.
Frasakata tidak membaca
apa-apa itu ertinya tidak mengetahui walaupun terjemahannya. Dia membaca
ayat-ayat yang terkandung dalam waktu berdiri, rukuk, iktidal, sujud, duduk
antara dua sujud, tetapi tidak mengetahui terjemahannya samalah maknanya dia
tidak membaca apa-apa. Jika ini situasinya apakah hubungan yang dapat
dibinanya? Inilah sebabnya sembahyangnya ditolak.
Katalah ada seorang lain yang
sembahyang membaca ayat-ayat untuk berdiri, rukuk, dan sebagainya itu dan
mengetahui terjemahannya apakah sudah dikira dia mengetahui maksudnya. Maksud
di sini dia mengetahui alhamdulillah itu tadi
ertinya segala puji bagi Allah, Tuhan
sekalian alam?
Kita orang Melayu, yang
menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu. Menterjemah itu tadi hanya
mengalihbahasa dari B Arab ke B Melayu. Sampai tahap ini dia belum lagi dikiran
sudah tahu maksudnya sebelum dia mengetahui pengertiannya. Apakah pengertian
ayat itu tadi.
Maksud Tuhan sekalian alam
itu ialah alam ini Tuhan yang punya.
Dia yang punya Dialah yang mentadbir
alam ini. Bagaimana caranya Allah mentadbir alam ini? Di sinilah
pointnya yang dimaksudkan tahu pengertiannya.
Bagini,
Kita
lihat alam sekeliling ini, Allah jadikan pokok, air, tanah, udara, dan jangan
lupa juga matahari. Untuk apakah Allah jadikan semua ini? Jawabnya untuk
keperluan hidup kita.
Matahari memancarkan
cahayanya, diguna oleh pokok bagi proses fotosintisis, yang hasilnya ialah
daun, buah, ubi dan sebagainya, untuk kita dan binatang makan; dan binatang itu
juga akan jadi sumber makanan kita. Macamana sekiranya Allah swt membenarkan
pokok mogok tidak mahu menjalankan proses fotosintisis. Bayangkan. Justeru kita
wajib berterima kasih kerana Allah menyediakan kesemuanya itu. Kita sedar
bahawa kita terlalu bergantung kepada Allah swt. Inilah hubungan yang hendak dibina dari sembahyang kita, dari ayat itu
tadi sahaja, belum yang lain lagi.
Seterusnya,
atas rasa terima kasih, kita juga harus mengambil sikap jangan merosakkan tumbuhan dan
membunuh binatang tidak tentu pasal. Jadi tujuan membaca alhamdulillah itu tadi kerana Mentadbir alam sedemikian rupa.
Jadi, wajarlah jika sembahyang
lelak berkenaan itu tadi ditolak kerana tidak mengetahui maksudnya ini.
Maksud ialah kefahaman yang
lebih tepat sehingga dapat membina tali hubungan yang mantap yang meyakinkan,
bukan hubungan pada tahap kulit-kulitnya sahaja. Jika sekadar mengetahui
terjemahannya sahaja maka belum terbina hubungan yang dimaksudkan itu.
Sekian buat sementara waktu. Jika
ada sebarang perkara yang hendak dibincang, ditanya sila tuliskan komen di
bawah blog ini.
Terima kasih kerana sudi
membaca, demi untuk kebaikan bersama.
Wallahu aalam.
No comments:
Post a Comment