Sembahyang yang tidak diredhali Allah swt
Assalamualaikum,
Sebuah hadis mengingatkan agar jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah redha? Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Antara ayat-ayat yang menunjukkan tujuan ibadah sembahyang ialah ayat 14 surah Toha yang ertinya dan dirikanlah sembahyang, untuk mengingatiku. Ini tujuan sembahyang yang untuk faedah diri sendiri. Satu lagi ialah ayat 45 surah al-Ankabut, yang ertinya Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Mengikut hadis di atas itu tadi ayat ini juga adalah untuk faedah diri sendiri, jika dilihat dari sudut engkau terpelihara daripada keji dan mungkar.
Dari riwayat di atas ini dapatlah kita faham bahawa sembahyang yang untuk faedah diri sendiri adalah tidak mendapat keredhaan Allah, dengan kata lain tidak diterima-Nya. Justeru, dapatlah kita fahami yang diterima adalah yang memberi faedah kepada orang lain, seperti amalan-amalan sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik. Memang jelas amalan-amalan ini menyasar kepada orang lain, memberi faedah buat orang lain.
Ciri-ciri ibadah sembahyang tidak seperti sedekah, infak, zakat. Pada zahirnyai bentuk ibadah sembahyang adalah merupakan perkataan-perkataan dan perbuatan-peerrbuatan yang ditujukan buat Allah swt sahaja. Justeru, bagaimanakah caranya menjadikan ibadah sembahyang yang memberi faedah kepada orang lain, moga diredhai Allah swt, dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Rahmat dan nikmat
DUDUK DI RUMAH,
Sebuah hadis mengingatkan agar jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah redha? Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Salah tanggap terhadap ibadah sembahyang menyebabkannya ditolak. Antaranya amalan sembahyang yang ditunaikan mengikut takrif. Sembahyangnya sah tetapi tidak diterima Allah. Mengapa? Kita lihat sebuah hadis tentang dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt.
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swt: Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda. (al-Baqarah 261-262).
Apabila hadis di atas menyebut Solat itu untuk dirimu sendiri menggambarkan bahawa ibadah sembahyang kita ada tujuannya. Antara tujuannya ialah seperti yang disebut oleh hadis di atas iaitu terpelihara daripada keji dan mungkar. Namun Allah menyatakan secara tegas tujuan ini adalah untuk faedah diri sendiri. Dengan kata lain ialah ada yang tujuannya untuk faedah orang lain.Antara ayat-ayat yang menunjukkan tujuan ibadah sembahyang ialah ayat 14 surah Toha yang ertinya dan dirikanlah sembahyang, untuk mengingatiku. Ini tujuan sembahyang yang untuk faedah diri sendiri. Satu lagi ialah ayat 45 surah al-Ankabut, yang ertinya Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Mengikut hadis di atas itu tadi ayat ini juga adalah untuk faedah diri sendiri, jika dilihat dari sudut engkau terpelihara daripada keji dan mungkar.
Dari riwayat di atas ini dapatlah kita faham bahawa sembahyang yang untuk faedah diri sendiri adalah tidak mendapat keredhaan Allah, dengan kata lain tidak diterima-Nya. Justeru, dapatlah kita fahami yang diterima adalah yang memberi faedah kepada orang lain, seperti amalan-amalan sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik. Memang jelas amalan-amalan ini menyasar kepada orang lain, memberi faedah buat orang lain.
Ciri-ciri ibadah sembahyang tidak seperti sedekah, infak, zakat. Pada zahirnyai bentuk ibadah sembahyang adalah merupakan perkataan-perkataan dan perbuatan-peerrbuatan yang ditujukan buat Allah swt sahaja. Justeru, bagaimanakah caranya menjadikan ibadah sembahyang yang memberi faedah kepada orang lain, moga diredhai Allah swt, dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Rahmat dan nikmat
Seseorang yang mendapat belas kasihan akan merasai nikmat dari empati orang itu; atau seseorang yang mendapat kurnia juga akan merasai nikmat dari kurniaan itu. Jadi nikmat di sini lahir daripada faedah dan kebaikan yang dirasai dari sifat belas kasihan dan kurniaan seseorang.
Ciri-ciri ibadah solat, zikir dan puasa berbeza sama sekali berbanding dengan sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik. Ibadah sedekah dan infak itu misalnya memang jelas mempunyai ciri-ciri membahagiakan orang tetapi ibadah sembahyang tidak pula.
Bagaimanapun, sebagai ibadah yang menjadi Rukun Islam, di mana rukun bererti asas dan tonggak, manakala Islam ialah cara hidup pasti ada caranya untuk dijadikan ibadah yang boleh membawa kepada kebahagiaan orang lain, atau mengasihi orang lain. Begitu juga dengan zikir dan puasa itu. Usaha harus dilakukan bagi merealisasikan cita-cita ini.
Dengan usaha-usaha ini mungkin boleh mencapai hasil yang lebih dari itu sehingga ke tahap membina iklim yang dicita-citakan Islam iaitu kesejahteraan, kebahagiaan dan kepuasan.
Malangnya pendekatan ini tidak digunakan oleh kebanyakan orang. Mungkin kerana tidak mengetahuinya, tidak mempunyai ilmu tentangnya.
Inilah sebab maka sembahyangnya tidak diterima Allah untuk dijadikan sandaran memohon syafaat-Nya untuk masuk syurga.
DUDUK DI RUMAH,
JANGAN KELUAR. COVID19.
No comments:
Post a Comment