Hablum minallah
ialah hubungan antara manusia dengan Tuhan-nya.
Apakah kepentingan hubungan ini.
Bagi membincangkan kepentingan hablum minallah, terlebih dahulu kita harus memahami maksud qada’ dan qadar Allah swt, dan seterusnya perlu memahami pula apa yang dimaksudkan dengan takdir, kerana hal ini adalah asas kepada hablum minallah.
Qada’ dan qadar
Bagi membincangkan kepentingan hablum minallah, terlebih dahulu kita harus memahami maksud qada’ dan qadar Allah swt, dan seterusnya perlu memahami pula apa yang dimaksudkan dengan takdir, kerana hal ini adalah asas kepada hablum minallah.
Qada’ dan qadar
Qada’ dan
qadar adalah ketetapan atau ketentuan Allah swt. Bagi manusia ianya adalah peraturan,
peringatan, amaran dan sebagainya. Apakah ketetapan
dan ketentuan Allah swt? Mari kita lihat semula apa yang dapat kita lihat
dahulu.
Misalnya, bumi ini berpusing 24
jam sehari, walaupun berat boleh terapung
dan berada dalam orbitnya, bumi mempunyai daya tarikan gravity. Bagi tumbuhan
pula memerlukan cahaya matahari untuk fotosintisis dan membesar. Bagi makhluk
yang tidak hidup juga mempunyai tabii
masing-masing. Kesemua contoh ini adalah ketentuan-ketentuan Allah swt, yang
kita sebut qada’ dan qadar
makhluk-makhluk tersebut. Ketentuan-ketentuan Allah swt ini akan memberi
kesan dan akibatnya. Kesan dan
akibatnya dipanggil takdir.
Misalnya, stroke, kencing manis, demam,
dan sebagainya adalah kesan akibat dari perbuatannya sendiri melanggar ketentuan Allah yang kita sebut qada’ dan qadar itu. Maknanya segala sesuatu yang terjadi dan
peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah akibat daripada qada’ dan qadar
Allah swt.
Jasad
manusia terbina daripada sistem otot, tulang, sistem saluran darah, sistem sarap, sistem pernafasan, sistem perkumuhan, sistem
penghadaman, dan sebagainya. Pendek kata seseorang manusia itu dijadikan
mengikut sistem anatomi masing-masing. Inilah faktor yang menentukan perjalanan,
gerak-geri, dan kelakuan manusia.
Allah juga
memberi manusia sistem imuniti atau pertahanan penyakit, ada pula sistem endokrin iaitu merupakan himpunan
kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini
bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.
Hormon adalah merujuk kepada sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah. Hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia
(Wikipedia).
Kesemuanya ini yang akan menentukan seseorang
manusia seperti adanya – boleh berjalan, berlari sambil mengawal arah dan
kelajuan, bertahan daripada penyakit. Sistem badannya itu tadi yang mengatur
perjalanan seseorang, sama ada akan sihat sampai tua, atau sakit ketika umur empat puluhan, awet muda dan sebagainya.
Ketika berjalan misalnya, sistem yang akan
terlibat ialah sistem otot, sistem
tulang, pernafasan, perkumuhan, dibantu pula dengan sistem derianya.
Allah swt berfirman,
Ketetapan Allah adalah mengikut
qada’ dan qadar tertentu: qada’ itu pemberian-Nya, manakala qadar adalah ciri-ciri sukatannya, kualiti, kualitinya, manakala kesan dan akibatnya dinamakan takdir.
Contohnya
dalam kejadian tanah runtuh. Tanah runtuh adalah kesan dan akibat (takdir) dari beberapa ketetapan yang berikut:
- Graviti, yang sifatnya ialah mempunyai kuasa tarikan. Setiap benda akan tertarik ke bumi oleh graviti,
- Air, yang sifatnya adalah mencari tempat yang lebih rendah, molekulnya halus dan boleh menyelinap di celah-celah butiran tanah,
- Momentum, yang sifatnya adalah bergantung kepada formula ms (m ialah berat, dan s ialah kelajuan pergerakan), jadi benda yang berat dan bergerak laju akan menghasilkan momentum yang tinggi.
Graviti, air
dan momentum adalah qada’ Allah swt, dengan sifat-sifatnya seperti yang tersebut; qadarnya: ditempat yang lebih
tinggi tarikan graviti semakin berkurangan, bagi air lebih banyak air akan menghasilkan momentum yang lebih besar
kerana lebih berat.
Jika ketiga-tiganya hadir pada satu-satu tempat
seperti di lereng-lereng bukit yang gondol maka terhasillah kesan dan akibatnya (takdir).
Mengapa lereng bukit? Mengikut ilmu sains daya yang melawan tarikan
graviti lebih lemah jika dibandingkan
dayanya di tanah rata kerana curam (bersudut) – ini juga satu qadar bagi daya tahan tarikan graviti.
Kita ambil satu contoh lagi misalnya kencing
manis. Ini adalah kesan daripada kandungan gula dalam darah. Seseorang yang
normal mempunyai kandungan gula sekitar 6 mengikut indeksnya. Jika lebih tinggi
dari kadar ini orang berkenaan dikatakan
mengidap sakit kencing manis, sebalik-nya jika di bawah paras ini
dikatakan hypo atau kekurangan gula. Mengapa
boleh terjadi lebihan atau kekurangan? Ini berkait dengan qada’ dan
qadar Allah.
Paras gula dalam
badan adalah dikawal oleh hormon insulin, iaitu
sejenis hormon yang dikeluarkan oleh kilangnya. Dengan qada’ dan qadar-Nya,
Allah menetapkan setiap orang dengan kilang hormon yang berbeza-beza
kecekapannya. Yang normal akan mengeluarkan hormon insulin secukupnya, dan
kandungan gula terkawal dengan baik, yang tidak normal mengeluarkan insulin
sama ada berlebihan atau kekurangan pula, jadi kawalan gula tidak normal.
Insulin yang berlebihan akan menyebabkan hypo, yang berkurangan akan menyebabkan gula berlebihan dalam badan. Yang
inilah yang menyebabkan kencing manis.
Qadanya ialah pemberian kilang hormon
itu, qadarnya ialah sama ada menerima
yang normal atau tidak normal. Hypo atau kencing manis itu adalah kesan dan
akibatnya yang kita panggil takdir
itu.
Qada’ dan qadar adalah satu peraturan
Bencana dari qada’ dan qadar
Apakah peraturan yang telah ditetapkan yang berkait dengan bencana tanah runtuh misalnya. Allah telah menyatakan bahawa bukit dan gunung adalah pasak bumi. Ini disebut oleh ayat,
‘Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?’ (an-Naba, 78: 7)
Pasak bumi bermaksud ianya adalah untuk kesetabilan tanah. Ini disebut oleh ayat,
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)’. (an-Naziat, 79: 32)
Orang yang berilmu dapat memahami maksud ayat-ayat ini, lalu tidak berani untuk merosakkannya. Malangnya ada yang berilmu tetapi kurang yakin dengan janji (peraturan) Allah.
Qada’ dan qadar adalah satu peraturan
Hidayah
atau petunjuk adalah qada’ dan qadar Allah juga. Wahyu Allah swt yang tersimpan dan dibukukan menjadi
al-Quran itulah qada’ dan qadar Allah. Ianya adalah petunjuk
kepada manusia dan masyarakatnya. Namun tidak
semua manusia mampu memahaminya, justeru Allah swt melantik
manusia-manusia tertentu dari kelompoknya sebagai rasul-Nya. Tujuannya ialah
bagi menjelaskan maksud wahyu itu. Rasul yang dilantik adalah dari kalangan
kaum-kaum tertentu agar tidak menimbulkan masalah bahasa komunikasi. Ini
disebut oleh ayat yang maksudnya,
‘Dan
Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya
ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi
hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturan-Nya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana’. (Ibrahim, 14: 4)
Frasa kata Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya itulah peraturan Allah swt. Jadi mengikut peraturan itu Allah menetapkan sesiapa atau mana-mana kelompok manusia yang tidak mengikuti wahyu-Nya itu akan sesat, manakala yang mematuhinya akan mendapat petunjuk. Sesat bererti mereka hilang pedoman dalam menjalani kehidupan di dunia, dan azab seksa di akhirat.
Frasa kata Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya itulah peraturan Allah swt. Jadi mengikut peraturan itu Allah menetapkan sesiapa atau mana-mana kelompok manusia yang tidak mengikuti wahyu-Nya itu akan sesat, manakala yang mematuhinya akan mendapat petunjuk. Sesat bererti mereka hilang pedoman dalam menjalani kehidupan di dunia, dan azab seksa di akhirat.
‘(Azab seksa) yang demikian itu ialah
disebabkan perbuatan yang telah dilakukan
oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak
sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.’(al-Imran, 3: 182)
Dalam
menentukan ketetapan nasib
hamba-hamba-Nya itu, Allah
meletakkan tanggungjawab kepada manusia kerana Allah telah memberinya akal dan
kemampuan bagi menjalankan ikhtiar dan usaha
kepada setiap insan. Allah swt mewajibkan manusia berusaha ke arah kebaikan mereka
sendiri. Jika baik yang diusahakan baiklah akhirnya, dan sebaliknya. Peraturan
ini dimaktubkan dengan satu ayat yang maksudnya,
‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. (al-Rad,
13: 11)
Inilah peraturan Allah swt kepada manusia. Misalnya, seperti yang akan disebutkan di bawah ini tentang bangsa Amerika yang mereka-reka dan mencipta sendiri jalan hidupnya menyebabkan mereka sekarang menghadapi masalah sosial. Inilah kesan dan akibatnya yang disebut oleh Allah dalam ayat 182 surah al-Imran di atas tadi, iaitu mereka sesat. Dikatakan sesat kerana mereka tidak tahu puncanya untuk diatasi. Bagaimana hendak membaiki sistem hidup mereka itu kerana keseluruhan system hidupnya tidak betul. Untuk membaiki bahagian-bahagian tertentu sahaja adalah mustahil kerana bahagia-bahagian berkenaan berkait-kait dengan yang lain dalam satu system. Jadi untuk membaikinya tiada pilihan lain selain menukar keseluruhan sistemnya dengan wahyu Allah.
Inilah peraturan Allah swt kepada manusia. Misalnya, seperti yang akan disebutkan di bawah ini tentang bangsa Amerika yang mereka-reka dan mencipta sendiri jalan hidupnya menyebabkan mereka sekarang menghadapi masalah sosial. Inilah kesan dan akibatnya yang disebut oleh Allah dalam ayat 182 surah al-Imran di atas tadi, iaitu mereka sesat. Dikatakan sesat kerana mereka tidak tahu puncanya untuk diatasi. Bagaimana hendak membaiki sistem hidup mereka itu kerana keseluruhan system hidupnya tidak betul. Untuk membaiki bahagian-bahagian tertentu sahaja adalah mustahil kerana bahagia-bahagian berkenaan berkait-kait dengan yang lain dalam satu system. Jadi untuk membaikinya tiada pilihan lain selain menukar keseluruhan sistemnya dengan wahyu Allah.
Jadi,
percaya kepada qada’ dan qadar bermakna percaya bahawa ketentuan Allah itu benar,
adil, dan bersesuaian dengan kehendak-Nya. Bagaimanapun memberikan kepada
manusia kuasa untuk melakukan usaha dan ikhtiar. Dengan kata lain Allah
menentukan segala-galanya sebagai peraturan
yang ditetapkan-Nya. Peraturan yang bersesuaian dengan kehendak-Nya adalah untuk
menjadikan manusia itu makhluk bertanggungjawab supaya manusia boleh
dipersoalkan di akhirat kelak.
Bencana dari qada’ dan qadar
Apakah peraturan yang telah ditetapkan yang berkait dengan bencana tanah runtuh misalnya. Allah telah menyatakan bahawa bukit dan gunung adalah pasak bumi. Ini disebut oleh ayat,
‘Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?’ (an-Naba, 78: 7)
Pasak bumi bermaksud ianya adalah untuk kesetabilan tanah. Ini disebut oleh ayat,
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)’. (an-Naziat, 79: 32)
Orang yang berilmu dapat memahami maksud ayat-ayat ini, lalu tidak berani untuk merosakkannya. Malangnya ada yang berilmu tetapi kurang yakin dengan janji (peraturan) Allah.
Cara hidup manusia yang betul
dan benar adalah dengan mengikut peraturan-peraturan
yang terkandung dalam agama Allah swt, dan berpandukan amalan-amalan
yang dilakukan oleh para rasul-Nya. Sebagai
umat Nabi saw amalan-amalan baginda itu harus diikuti. Jangan mengikut
jalan yang lain walaupun ianya disebut sebagai disiplin, peraturan, etika dan
sebagainya. Selain dari ayat-ayat al-Quran ialah
hadis Nabi saw kerana jelas memang ada ayat yang menyeru kita mengikut
hadis.
‘Dan
apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangan
kamu melaku-kannya maka berhentilah melakukannya’. (al-Hasyr, 59: 7)
‘Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik’. (al-Ahzab, 33: 21)
Dengan menjalani hidup berdasarkan
hukum-hukum dan peraturan yang ditetapkan Allah manusia akan merasai nikmatnya, tidak mengalami bencana alam dan
sebagainya, kerana peraturan dan undang-undang
itu memang serasi dengan tabiat semulajadi dirinya, serasi juga dengan
alam tempat kita tinggal.
Misalnya, secara
semulajadi manusia memerlukan persekitaran yang bersih, iklim hidup yang aman
tenteram, kerana inilah Allah menurunkan ayatnya,
‘Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melain-kan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
alam’. (al-Anbiya,
21: 107)
Apakah ada manusia
yang suka tinggal di tempat kotor, kacau bilau dan terdedah kepada kejahatan!
Jadi manusia yang menuruti tuntutan ayat ini pastinya akan bahagia dan aman. Ayat-ayat
Allah yang dalam bentuk ketetapan (qada’ dan qadar)
telah diwahyukan sebelum berlakunya sesuatu peristiwa. Ianya sebagai peringatan
kepada manusia. Dengan kata lain bukanlah setelah terjadinya sesuatu peristiwa
barulah Allah berfirman. Ianya bertujuan
supaya menjadi peraturan dan undang-undang alam. Inilah dia yang
dimaksudkan qada’ dan qadar. Jika kita kata itulah tali Allah maka sesiapa yang
mengikutinya akan selamat, dan sesiapa yang mengabaikannya akan mendapat
bencana. Dan, peristiwa yang terjadi yang berkait dengan satu-satu peringatan
itulah yang kita biasa sebut sebagai takdir.
Jadi apabila Allah menyeru agar kita redha dengan qada’ dan qadar-Nya, bermaksud yang harus diredhai
ialah pemberian-pemberian-Nya (qada’)
dengan segala sifatnya (qadar) itu,
bukan meredhai kesan dan akibat (taqdir)
daripadanya. Bagi penyakit kencing manis, yang harus diredhai ialah pemberian
kilang hormone itu, bukan kencing manisnya atau hypo yang dialaminya.
Adilkah Allah memberikan sesetengah orang dengan yang baik-baik sedangkan yang lain dianugerahi dengan yang kurang baik?
Adilkah Allah memberikan sesetengah orang dengan yang baik-baik sedangkan yang lain dianugerahi dengan yang kurang baik?
Mengikut pertimbangan akal manusia memang kelihatannya
tidak adil. Tetapi Allah swt Maha Sempurna perencanaan-Nya, Dia meletakkan
keadilan-Nya dalam bentuk janji-Nya yang lain, seperti yang disebut oleh hadis dari Abu Hurairah ra yang menyebut,
‘Para syuhada’ (orang yang mati
syahid) lima macam. (1) al-Math’un, orang yang tewas kerana penyakit kolera
(penyakit menular atau wabak), (2) al-Mabthun, orang-orang yang tewas kerana
sakit perut atau melahirkan anak, (3) orang yang tewas kerana tenggelam, (4)
orang-orang yang tewas kerana ditimpa tanah longsor atau pohon tumbang dan
sebagainya, (5) orang yang tewas dalam perang fi-sabilillah’.
(Terjemahan Hadis Shahih Muslim: 1868)
Yang
bermaksud bahawa sesiapa yang redha dengan anugerah-Nya akan digantikan dengan balasan syurga. Di sinilah
keadilan-Nya. Bukan mudah untuk mendapat syurga. Jadi bertuahlah mereka yang
mati dalam keadaan seperti yang tersebut di atas ini.
Bandingkan antara seorang yang
sihat wal-afiat, yang bertungkus lumus beribadah mengumpul pahala dan mencari
rahmat Allah sampai ke mati gara-gara hendak masuk syurga, atau takut masuk
neraka, dengan seorang yang mengalami sakit buah pinggang, sehingga meninggal
dunia pada umur tiga puluhan. Jika dia redha dengan buah pinggang pemberian
Allah itu, ia dijamin akan masuk syurga.
Justeru orang-orang yang benar-benar beriman tidak harus mempersoalkan keadilan Allah swt mengikut
pertimbangan otak sendiri.
Begitulah
secara ringkas cerita tentang qada’ dan qadar. Cerita selanjutnya boleh dibaca
dari buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK
Walaupun Sah, terbitan Karisma Publishing. Antaranya yang
disentuh ialah tentang Nature adalah
manifestasi qada’ dan qadar. Faktanya
disokong dengan ayat-ayat al-Quran seperti ayat 2 surah al-Furqan, ayat 49
surah al-Qamar. Antara lain lagi ialah tentang Mengapa
perlu dikekalkan nature ini, dan tentang
perencanaan Allah menjadikan bumi ini suatu tempat yang serasi dengan kejadian
manusia. Yang ini disokong dengan hadis dari Abdullah bin Amru
bin ‘Ash pula katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda,
‘Allah Taala telah menetapkan segala ketetapan bagi
seluruh makhluk, lima puluh ribu
tahun sebelum diciptakan-Nya langit dan bumi; dan (ketika itu) Arasy
Allah Taala berada di atas air’. (Terjemahan Hadis Shahih Muslim: 2277)
Bacalah buku tersebut
bagi mengetahui maksud hadis ini. Tentunya berkait juga dengan qada’ dan qadar. Misalnya disebut, jika badan manusia yang dirancang Allah
suhunya ialah 36.5oC maka suhu bumi harus yang sesuai dengan suhu ini. Dan
bagi mengekalkan suhunya bagaimana Allah merencanakan ciptaan bumi ini.
Antara tajuk kecil yang sangat penting
kita ketahui ialah Kepentingan ikatan hamba-Tuhan. Buku tersebut menjelaskan dengan panjang
lebar bagaimana manusia memang tidak boleh melepaskan dirinya dari ayat-ayat
al-Quran dan hadis. Antara contoh yang diberikan ialah bagaimanakah caranya
hendak mendapat anak yang normal, tidak cacat, sama ada cacat anggota tubuh
badan mahupun mental. Sebagai contoh bagaimana cara untuk mengelakkan dari mendapat
anak yang juling disebut oleh hadis,
‘Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan
isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan
syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.’
Hadis ini adalah merupakan
pesanan Nabi saw kepada Ali. Satu contoh lagi ialah,
“Wahai
Ali..! Janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan
lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan
hina.’
Jadi untuk mendapat anak yang normal kita harus merujuk hadis-hadis Nabi
saw. Apakah ada sumber lain yang seumpamanya. Ilmu sains tidak menyediakannya,
kerana ilmu sains adalah ilmu yang mengkaji cipta-ciptaan Allah. Misalnya ilmu
sains boleh menjelaskan mengapa akar pokok cenderung ke bumi (geotropism) tetapi
tidak dapat menyediakan satu keadaan baru misalnya akar boleh cenderung
menjauhi bumi.
Penjelasan tentang qada’ dan qadar adalah bertujuan untuk membina keyakinan bahawa kita sangat bergantung kepada ayat-ayat Allah dan hadis Nabi saw. Yang bermaksud bahawa kita sangat bergantung kepada Allah swt dalam segala perkara melalui ayat-ayat al-Quran. Cara menanam keyakinan itu ialah dengan mendirikan ibadah sembahyang. Jadi sembahyang yang tidak dapat menanamkan keyakinan ini besar kemungkinannya ditolak.
Penjelasan tentang qada’ dan qadar adalah bertujuan untuk membina keyakinan bahawa kita sangat bergantung kepada ayat-ayat Allah dan hadis Nabi saw. Yang bermaksud bahawa kita sangat bergantung kepada Allah swt dalam segala perkara melalui ayat-ayat al-Quran. Cara menanam keyakinan itu ialah dengan mendirikan ibadah sembahyang. Jadi sembahyang yang tidak dapat menanamkan keyakinan ini besar kemungkinannya ditolak.
No comments:
Post a Comment