Jarang kedapatan buku agama yang ditulis
dalam bentuk analisis seperti yang ditulis oleh Encik Mohamad bin Lamin.
Kebiasaannya buku-buku atau kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan
hujjah-hujjah syar’ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza
dengan buku ini, penulis cuba
mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadat itu sendiri.
Sememangnya begitulah manifestasi daripada solat sebenarnya sepertimana yang
disebutkan oleh Allah, bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan Fahsya’ dan
Mungkar. (Dato' Ustaz Haji Abdullah Mohd. Din, (Mantan) Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Tentang buku ini:
Buku ini menjelaskan bahawa sembahyang yang hanya didirikan zatnya sahaja sah tetapi besar kemungkinannya ditolak. Ditolaknya itu adalah disebabkan ibadah sembahyangnya tidak mendidik diri pengamalnya.
Sepatutnya ibadah sembahyang kita haruslah yang mencapai maksud sembahyang sebagai tiang agama, iaitu agama Islam. Sebagai tiang atau tonggak peranannya ialah mendidik pengamalnya menjadi seorang yang islam dan Islam. Jika tidak mungkin sembahyangnya ditolak. Tentang buku ini:
Buku ini menjelaskan bahawa sembahyang yang hanya didirikan zatnya sahaja sah tetapi besar kemungkinannya ditolak. Ditolaknya itu adalah disebabkan ibadah sembahyangnya tidak mendidik diri pengamalnya.
Antara sebab sembahyang kita ditolak ialah kerana Tidak Menegakkan Islam. Lihat penjelasannya (ringkasannya) di halaman Tidak menegakkan Islam di atas ini.
Antara sebab-sebab lain yang akan dimuatkan dalam laman ini ialah:
- tidak menegakkan hablum minallah,
- tidak mencegah perbuatan keji dan mungkar,
- tidak membina akhlak dan keperibadian, dan
- tidak membawa rahmat.
Buat permulaan diturunkan bab-bab yang tersebut di atas ini.
Buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah adalah terbitan Karisma Publishing.
Kandungan:
Dari Meja Pengarang i
Kata Penerbit iv
Pengenalan v
1. Hakikat Ibadah Sembahyang 1
· Zat sembahyang 4
· Hakikat ibadah sembahyang 5
· Sembahyang yang batin 7
· Kesempurnaan sembahyang 11
· Sembahyang tiang agama 12
· Islam adalah ad-Deen 13
· Sembahyang adalah cahaya petunjuk 15
· Realiti ayat 45 surah al-Ankabut 16
· Sembahyang dalam program hidup 18
· Program hidup Islam 21
· Peranan Sembahyang 25
2. Mengapa Sembahyang Ditolak 27
·
Golongan
yang sembahyangnya ditolak 27
·
Mengapa
ditolak 33
·
Matlamat
ibadah sembahyang 38
·
Roh
ibadah sembahyang 40
·
Hilangnya
roh sembahyang 41
·
Tanggapan
dan sikap 43
· Fungsi takbir intiqal 45
· Syariat, Sunnatullah, dan ‘alami (nature) 47
· Tiga kategori matlamat syariat 52
· Fungsi takbir intiqal 45
· Syariat, Sunnatullah, dan ‘alami (nature) 47
· Tiga kategori matlamat syariat 52
3. Tidak Menegakkan Islam (Sebab 1) 57
·
Islam
dan islam 58
·
Apakah
islam 61
·
Apakah
Islam 64
·
Konsep
hidup menurut Islam 64
·
Jual-beli
dengan Allah 66
·
Tanggungjawab
seseorang mukallaf 71
·
Kepunyaan
harta dan cara mengurusnya 75
·
Konsep
membaca al-Quran 77
·
Mempelajari
Sunnah 78
·
Hadis
78
·
Ijma’
dan Qias 79
·
Tiga
orang yang sembahyangnya ditolak 79
4. Tidak menegakkan Hablumminallah
(Sebab 2) 85
·
Qada’
dan qadar 85
·
Qada’
dan qadar adalah satu peraturan ` 88
·
5
pengertian qada’ dan qadar 93
·
Nature
adalah manifestasi qada’ dan qadar 94
·
Larangan
makan babi 96
·
Kebaikan
perintah mendirikan sembahyang 96
·
Kepentingan
ikatan hamba-Tuhan 97
·
Apadia
tali Allah 101
·
Mengapa
sembahyang? 104
·
Pengertian
bacaan-bacaan dalam sembahyang 106
·
Kalimah
Lailaha illallah 109
·
Tauhid
uluhiyah: Mengesakan Allah 112
·
Tauhid
rububiyah: Peranan Allah 115
·
Berdiri
dalam sembahyang – falsafahnya 119
5. Tidak
membina akhlak dan keperibadian (Sebab
3) 123
·
Fitrah
manusia sebagai makhluk sosial 126
·
Sembahyang
dan sikap tidak suka
membuang masa 127
·
Sembahyang
sebagai latihan konsentrasi 129
·
Sembahyang
dan penampilan diri 133
·
Tidak
membuat bising 134
·
Jangan
mengganggu orang 135
·
Menutup
mulut ketika menguap 136
·
Cara
berpakaian 134
·
Sutrah
dan hak kepunyaan 138
·
Sikap
bertenang 139
·
Sembahyang
dan sikap ponteng kerja 140
6. Tidak Mencegah Kemungkaran (Sebab 4) 143
·
Qias
dan ijtihad terpinggir 145
·
Penggunaan
qias 149
·
Sembahyang
dan kemungkarannya 150
·
Roh
Bismillah 152
·
Hukum
melarang sembahyang di laluan 154
·
Hukum
makan bawang putih 156
·
Hukum
menjahar bacaan 158
·
Hukum
gangguan corak 159
·
Hukum
menoleh dalam sembahyang 160
·
Menjauhkan
riya’ 162
·
Hukum
meninggalkan tempat sembahyang 163
·
Doa
dalam sembahyang 164
·
Kriteria
menentukan perbuatan yang baik 165
·
Apakah
pengajaran dari hukum-hukum berikut 167
menguap, tumakninah, syarat-syarat sujud, 167;
duduk intirahat, bertelekan, sujud lama,
168.
7. Tidak Membawa Rahmat (Sebab 5) 171
·
Untuk
apakah sembahyang kita 174
·
Untuk
apakah pahala sembahyang kita? 176
·
Apakah
dia rahmat? 176
·
Rahmat
dan nikmat 179
·
Islam
membawa rahmat 180
·
Rahmat
dari sembahyang 183
·
Roh
Alhamdulillah 185
·
Manusia
pentadbir alam 187
Revolusi
Rasulullah 189
·
Rahmat
dari aktiviti beribadah 190
·
Lima
kriteria menjadikan aktiviti harian ibadah 192
Akhir Kata 195
Bibliografi
---------------------------------------------------------------------------Data pengkatalogan
Perpustakaan Negara
Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Abi
Moesfa, 1947-
Sembahyang
Anda Mungkin Ditolak Walaupun Sah / Abi Moesfa.
ISBN 978-967-11064-2-6
1.
Prayer-Islam. 2. Worship (Islam).
I.
Judul.
297.3822
Cetakan
Pertama: Julai 2015
Diterbitkan
oleh:
Karisma
Publishing
38
Jalan 4/5D, Fasa 4,
43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Dibuka untuk jualan. Harga rm22 + Kos Pos rm2.60. (Semenanjung sahaja)
................................................................................................... Kata Penerbit Seusai membaca manuskrip buku ini saya melihat Pengarang cuba mengajak para pembaca menghidupkan roh ibadah sembahyang ke dalam kehidupan seharian. Sebagai rukun Islam, ibadah sembah-yang dilihat oleh pengarang sebagai satu perjalanan hidup seseorang. Rukun-rukun dan hukum-hakamnya pula adalah sebagai peraturan-peraturan, disiplin, etika dan keperibadian hidup. Kami setuju dengan pandangan Dato’ Ustaz Haji Abdullah b Mohd. Din yang tertera di kulit belakang buku ini. Kerana itu kami rasa tidak patut untuk tidak menerbitkan buku ini. Pertama kami terpikat dengan cara menjelaskan maksud ayat 45 surah al-Ankabut itu. Penjelasannya tidak seperti yang biasa kita dengar iaitu terlalu umum membuat para pembaca masih terasa belum puas, terasa seperti masih ada lagi yang perlu dijelaskan. Kedua, kami rasa buku ini adalah sebagai satu provokasi dan motivasi. Kalau selama ini kita mendirikan sembahyang tetapi masih tergamak melakukan banyak kemungkaran, selepas ini mungkin para pembaca akan berfikir bahawa perbuatannya itu boleh menyebabkan sembahyangnya ditolak. Ketiga, jika selama ini kita mempunyai tanggapan bahawa kita menunaikan sembahyang untuk masuk syurga atau takut masuk neraka, ianya adalah suatu tanggapan yang tidak tepat. Syukurlah kerana buku ini telah menjelaskannya. Keempat, jika setiap orang Islam melihat Rukun Islam dari sudut pandangan sepertimana penulis ini, kita akan dapat membina satu tamadun seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Maha Pencipta. Akhir sekali kami ingin menyatakan bahawa buku ini harus dibaca oleh setiap orang yang mendirikan sembahyang supaya jangan sampai sembahyang kita ditolak atas sebab-sebab yang kita lihat remeh-temeh. Dengan kata lain inilah antara cara-cara unttuk memelihara sembahyang yang praktikal, yang dapat kita lakukan. |
No comments:
Post a Comment