Sembahyang adalah satu daripada Rukun Islam. Jika Islam diberi makna cara hidup atau way
of life, maka fungsi sembahyang kita seharusnya ialah yang dapat menegakkan
Islam. Malangnya memang terbukti ada orang yang sembahyang tetapi tidak dapat
mencapai matlamat ini. Akibatnya ialah seperti yang digambarkan oleh sebuah
hadis dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw bersabda,
‘Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), antaranya sembahyang datang
lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi
engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah,
puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap
satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian
datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku,
Engkau-lah Tuhan yang bernama Assalam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya),
‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini
dengan engkaulah Aku menerima dan dengan engkaulah jua Aku memberi
balasan’. (Mustika Hadis Jilid I, 42)
Yang maksudnya bahawa sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain itu belum cukup untuk menolong pengamalnya mendapat syafaat syurga, kecuali keIslamannya, iaitu yang menegakkan Islam. Dengan maksud lain bahawa Allah swt menegaskan bahawa hanya amalan-amalan yang menegakkan Islam sahaja akan diberi ganjaran atau
diberi balasan yang sesuai.
Apakah yang dimaksudkan dengan Islam di sini? Perkataan Islam yang sering kita gunakan itu adalah berasal dari perkataan islam. Apakah islam itu.
Apakah yang dimaksudkan dengan Islam di sini? Perkataan Islam yang sering kita gunakan itu adalah berasal dari perkataan islam. Apakah islam itu.
Apakah islam
Perkataan islam membawa maksud tunduk patuh atu state of submission. Jadi islam
juga adalah sebagai caranya bagaimana makhluk harus tunduk patuh kepada Pencipta. Bagaimanakah caranya tunduk patuh itu.
Bagi tumbuhan tunduk patuhnya terbatas kepada
kemampuan yang ditetapkan oleh Allah swt sahaja, iatu makan, tumbuh dan
berkembang-biak, dan akhirnya mati. Tumbuhan tidak akan cuba
bergerak beralih tempat kerana Allah tidak membekalinya dengan kemampuan
untuk itu.
Bagaimanakah
caranya untuk tumbuhan itu makan, tumbuh dan
berkembang-biak. Ilmu sains membuktikan bahawa tumbuhan menjalankan
proses fotosintisis untuk makan, tumbuh dengan bergerak balas kepada cahaya
yang disebut fototropism dan bergerak balas kepada bumi yang disebut
geotropism, dan lain-lain lagi yang tidak perlu disebutkan di sini. Jadi
caranya tumbuhan itu tunduk patuh adalah mengikut ketetapan Allah
swt. Begitu juga halnya dengan haiwan, cara tunduk patuhnya adalah
mengikut apa yang ditetapkan sahaja.
Kita lihat di sini
tumbuhan dan haiwan berterusan menjalani kehidupannya secara islam dengan cara tunduk patuh mengikut ketetapan-Nya.
Tidak akan ada haiwan yang memohon untuk berjalan sepertimana manusia, atau protes untuk tidak mahu menjadi lembu kerana sering dijadikan binatang korban. Tumbuhan tidak pernah memilih untuk tidak mahu memanjat pokok-pokok lain kerana telah ditetapkan begitu, tidak pernah mengadu penat mengeluarkan buah dan sebagainya, tetapi berterusan tunduk patuh hidup mengikut ketetapan Allah swt.

Inilah makna tunduk
patuh yang diistilahkan sebagai islam
(huruf kecil i).
Walau bagaimanapun dari satu segi manusia adalah berbeza dari makhluk-makhluk yang lain-lain itu: mereka telah dianugerahi akal budi yang menjadikannya makhluk yang mempunyai kuasa intelek, memberi mereka keupayaan untuk memahami alam semesta dan membentuk persekitaran mereka; dengan akal budinya mereka juga diberi kebebasan untuk memilih, sama ada akan mengakui Wang Pencipta dan mengikuti petunjuk-Nya atau melawan sifat semula jadinya, dan tujuannya dijadikan.

Allah
swt menghendaki manusia tunduk patuh mengikuti jalan seperti yang terungkap dalam surah al-Fatihah itu,
tetapi jelas ramai yang memilih jalannya sendiri, ramai yang tidak lagi islam (huruf kecil i).
Bagi mereka yang mengakui Tuhan, dan menuruti petunjuk-Nya dikatakan hidup secara islam. Bukan sekadar itu sahaja, malah di sisi Allah swt mereka akan dilihat sebagai manusia yang tidak lagi hanya sebagai seorang islam yang pasif seperti ciptaan-ciptaan yang lain, tetapi sebagai islam yang aktif dan penuh kesedaran. Justeru ciri tunduk patuh kita seharunya adalah yang menunjukkan keislamannya.

Apakah Islam
Jadi seseorang Muslim (dengan huruf besar M) adalah bermaksud orang-orang yang mempunyai worldview ini, iaitu yang menjadikan keseluruhan kandungan al-Quran sebagai way of lifenya, atau syariatnya.
Harus diingat bahawa jalan hidup Islam adalah mencakupi kedua-dua bidang iaitu hablum minallah dan hamblum minannas. Tanggungjawab menjalani kehidupan bagi seseorang Islam ialah sejak dirinya menjadi seorang mukallaf, iaitu sejak umurnya mencapai akil baligh.
Peranan sembahyang
Jadi sembahyang yang tidak dapat menegakkan konsep Islam mungkin ditolak, kerana ibadah sembahyang adalah tiang agama. Bagaimanakah caranya ibadah sembahyang kita memenuhi tuntutan konsep Islam dan islam itu. Kesemuanya dibincangkan dalam buku berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah, terbitan Karisma Publishing (klik).
Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam ibadah sembahyang yang berkaitan dengan Islam dan islam. Inilah soal pokok yang dituliskan dalam buku tersebut. Tentunya elemen-elemen yang dimaksudkan itu adalah berkaitan dengan rukun sembahyang yang 13 itu, yang terbahagi kepada rukun qalbi, rukun qauli dan rukun feeli. Pun begitu banyak elemen-elemennya adalah yang berkenaan perkara-perkara sunat dan makruh dalam sembahyang, sama ada perkara-perkara itu dalam bentuk hukum-hakam dalam sembahyang atau adab-adab. Bagaimanakah ibadah sembahyang kita menegakkan Islam buku ini banyak menggunakan kaedah qias, dan mungkin ijtima'.
Antara yang dijelaskan oleh buku ialah berkaitan konsep hidup Islam; dan hidup yang bagaimana yang
dapat memenuhi tuntutan ayat 111 surah at-Taubah itu, bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab sebagai
khalifah; sementara itu, konsep kepunyaan harta dan cara mengurusnya adalah antara caranya.
Kesemua yang di atas ini adalah diletakkan di bawah Bab 3 berjudul Tidak menegakkan Islam. Judul ini hendak menerangkan bahawa sembahyang yang tidak dapat menegakkan Islam mungkin ditolak.
No comments:
Post a Comment