Tidak mustahil jika dikatakan bahawa sembahyang kita ditolak walaupun sah. Banyak bukti dan gambaran tentangnya, yang kadangkala kita tidak terduga sama sekali umpamanya orang yang kita pandang sebagai seorang yang kita hormati pun sembahyangnya ditolak. Ini disebut oleh sebuah hadis,
‘Tiga orang yang sembahyangnya tidak sampai melampaui telinganya, iaitu seorang budak yang melarikan diri sampai dia pulang kembali, seorang isteri yang semalaman suaminya murka kepadanya, dan seorang imam yang mengimami suatu kaum sedangkan kaum itu tidak menyukainya’. (HR Tarmizi dan Ahmad)
Seorang budak lelaki yang melarikan diri dari tanggungjawabnya di rumah sembahyangnya ditolak selama dia belum pulang ke rumah. Isunya di sini ialah meninggalkan tanggungjawab. Jadi maksud hadis ini termasuklah anak lelaki yang walaupun tinggal di rumah tetapi tidak melangsaikan tanggungjawab.
Seorang isteri yang semalaman suaminya murka juga sembahyangnya ditolak. Jika disebut semalaman seakan-akan menunjukkan kesalahannya adalah kerana mengelak dari melakukan hubungan kelamin. Memang ramai isteri yang sebegini. Bagaimanapun sebab kemarahan tidak terhad kepada kesalahan ini sahaja.
Paling menghairankan ialah seorang imam sembahyangnya ditolak kerana tidak disukai oleh kaumnya. Maksud kaumnya ialah para makmum di kariahnya. Ini yang paling jelas. Mengapa tidak disukai? Ada sebuah hadis lain imam tidak disukai kerana sering membaca surah yang panjang-panjang ketika mengimami sembahyang berjemaah.
Nah sampai begitu sekali kita harus menjaga diri supaya sembahyang kita tidak ditolak. Banyak sebab-sebab lain, yang dituliskan dalam buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah ialah kerana tidak membina akhlak dan keperibadian, tidak menegakkan hubungan antara manusia dengan Pencipta-nya, tidak menjauhkan perbuatan keji dan mungkar, tidak mendatangkan rahmat kepada orang lain dan sekalian makhluk.
Bayangkan betapa ruginya jika sembahyang yang kita dirikan lima waktu sehari semalam, mungkin ditambah pula dengan sembahyang-sembahyang sunat tetapi ditolak walaupun sah.

No comments:
Post a Comment