Semalam, Sabtu 5/9/15, dalam perjalanan saya ke Batu Pahat dan Keluang,
saya singgah di R&R Pagoh untuk berhenti rehat sambil melepaskan
dahaga. Saya duduk di salah sebuah meja makan bersama isteri. Di meja
sebelah kanan saya ada sebuah keluarga dengan dua orang anak remajanya
yang pada anggaran saya masih bersekolah menengah. Saya menyapanya
dengan ucapan salam, sambil menghulurkan buku yang sengaja saya bawa,
berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah, yang saya tulis dan baru diterbitkan pada Julai 2015. Si suami menyambutnya dan memberikan kepada isterinya.
Respon pertamanya ialah kalimah MUNGKIN itu, sambil memberi sedikit komen katanya Menarik tajuknya, (sambil menuding kepada perkataan MUNGKIN. Dia menambah katanya Diterima atau ditolak sembahyang kita adalah kerja Allah. Saya mengiakan dengan sedikit terkilan. Namun sempat juga saya katakan, dalam buku ini ada sebuah hadis yang menyebut bahawa ada imam yang sembahyangnya ditolak. Si suami dan isteri sedikit tersentak. Lantas saya sarankan agar membacanya. Saya katakan banyak lagi sebab-sebab sembahyang ditolak walaupun sah.
Yang paling seronok bagi saya ialah kerana mereka membelinya, dengan harga tawaran rm20, walaupun harga asal ialah rm22. Saya seronok kerana mereka terpanggil untuk mengambil tahu sebab-sebab sembahyang ditolak, setelah saya menarik perhatian mereka bahawa soal-soal aktiviti kehidupan seharian kita adalah berkaitan dengan ibadah sembahyang - saya beritahu misal nya soal parking kereta, menghalang laluan, membuat gangguan bising di khalayak ramai.
Saya memang sentiasa membawa sebuah dua buku tersebut untuk tujuan seperti di atas ini. Saya ingin mengajak seberapa ramai orang yang sembahyang membacanya, supaya mereka dapat menilai semula tujuan Allah mewajibkan kita mendirikan ibadah sembahyang. Kerana mengikut pengamatan dan pencerapan saya, saya dapati ramai orang yang mendirikan sembahyang, yang kaki masjid tetapi tujuan atau maqasid ibadah itu tidak kelihatan dalam kehidupan seharian mereka - banyak kemungkaran yang berkait dengan ibadah sembahyang mereka lakukan, walhal mereka biasa mendengar maksud ayat 45 surah al-Ankabut. Mengapa?
Inilah yang hendak saya perbetulkan. Inilah yang menjadi asas penulisan saya iaitu mengajak mereka mengenali maqasid ibadah sembahyang agar moto sembahyang adalah tiang agama menjadi kenyataan. Jadi ibadah sembahyang kita bukan sekadar untuk didirikan zatnya sahaja, tetapi maqasidnya harus tercapai, jika tidak, MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah. Sekian.
Selesai makan, kami sempat bercerita tentang latar belakang. Seronok juga apabila terdapat satu persamaan iaitu mereka tinggal di Gemas, saya pun pernah betugas sebagai guru di tempat yang sama. Satu lagi saya diberitahu mereka sedang dalam perjalanan ke Uni. Tun Hussin Onn Batu Pahat, untuk melawat anak mereka yang baru mendaftar di universiti tersebut. Mereka teruja juga bila saya beritahu bahawa saya juga hendak di tempat yang sama tetapi di kampung adik saya, berhampiran dengan pusat pengajian tersebut.
Selepas berpisah dan menyambung perjalanan masing-masing, dalam hati saya berbisik bahawa inilah antara orang-orang yang bersungguh memelihara sembahyangnya, walaupun mereka berpegang kepada tanggapan bahawa ditolak atau diterima adalah kerja Allah tetapi masih ingin mengambil tahu sebab-sebab sembahyang ditolak. Saya berdoa agar mereka tidak berserah bulat-bulat agar Allah menerima sembahyang mereka tetapi harus dilakukan juga usaha-usaha yang berkaitan. Saya berharap juga agar mereka dan sesiapa sahaja yang membeli buku tulisan saya menjalankan usaha memelihara sembahyang supaya tidak ditolak atas sebab-sebab yang di luar dugaan. Dan buat diri saya sendiri terus berdoa agar Allah memberi saya petunjuk agar dapat mengamalkan apa yang saya tulis.

No comments:
Post a Comment