Tuesday, June 9, 2020

Sembahyang ditolak kerana tidak membaca apa-apa


Antara sebab sembahyang ditolak ialah seperti yang disebut oleh sebuah hadis yang maksudnya, Seorang lelaki yang sembahyang tidak membaca apa-apa. Apakah ada orang yang mendirikan sembahyang tidak membaca apa-apa?
Maksud di sini ialah lelaki itu tidak mengetahui makna bacaan-bacaan dalam sembahyangnya.
Mengapa ditolak?
Seorang ulama’ tersohor masa ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi selalu menyebut bahawa setiap hukum syariat ada tujuan atau alasannya. Tidak terkecuali ialah ibadah sembahyang.
Antara tujuan ibadah sembahyang ialah seperti yang disebut oleh sebuah buku yang menyebut, The true meaning of salah, its real worth and significance can be appreciated only when there is an adequate awarness of the nature of the relationship betweet God and man (The 4 Pillars of Islam, 1).
Yang ertinya bahawa sembahyang akan lebih bermakna sekiranya disertai dengan kesedaran tentang hubungan antara pengamalnya dengan Tuhannya. Ini menggambarkan tentang konsep sembahyang yang sebenarnya iaitu bukan setakat menunaikan 13 rukunnya  sahaja, tetapi yang dapat membina tali hubungan antara hamba dengan Tuhannya.
Kenyataan ini serasi dengan kenyataan Prof. Dato’ Dr. Haron Din yang menyebut dalam bukunya, Ibadat merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan Tuhan (Manusia dan Islam, 113).
Bolehkah terbina hubungan yang dimaksudkan oleh kedua-dua petikan di atas ini jika tidak mengetahui makna bacaannya. Apabila membaca ayat A002 tetapi tidak mengetahui maksudnya bagaimanakah hendak membina hubungan antara dirinya dengan Tuhannya.
Frasakata tidak membaca apa-apa itu ertinya tidak mengetahui walaupun terjemahannya. Dia membaca ayat-ayat yang terkandung dalam waktu berdiri, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, tetapi tidak mengetahui terjemahannya samalah maknanya dia tidak membaca apa-apa. Jika ini situasinya apakah hubungan yang dapat dibinanya? Inilah sebabnya sembahyangnya ditolak.
Katalah ada seorang lain yang sembahyang membaca ayat-ayat untuk berdiri, rukuk, dan sebagainya itu dan mengetahui terjemahannya apakah sudah dikira dia mengetahui maksudnya. Maksud di sini dia mengetahui alhamdulillah itu tadi ertinya segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam?
Kita orang Melayu, yang menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu. Menterjemah itu tadi hanya mengalihbahasa dari B Arab ke B Melayu. Sampai tahap ini dia belum lagi dikiran sudah tahu maksudnya sebelum dia mengetahui pengertiannya. Apakah pengertian ayat itu tadi.
Maksud Tuhan sekalian alam itu ialah alam ini Tuhan yang punya. Dia yang punya Dialah yang mentadbir alam ini. Bagaimana caranya Allah mentadbir alam ini? Di sinilah pointnya yang dimaksudkan tahu pengertiannya.
Bagini,
Kita lihat alam sekeliling ini, Allah jadikan pokok, air, tanah, udara, dan jangan lupa juga matahari. Untuk apakah Allah jadikan semua ini? Jawabnya untuk keperluan hidup kita.
Matahari memancarkan cahayanya, diguna oleh pokok bagi proses fotosintisis, yang hasilnya ialah daun, buah, ubi dan sebagainya, untuk kita dan binatang makan; dan binatang itu juga akan jadi sumber makanan kita. Macamana sekiranya Allah swt membenarkan pokok mogok tidak mahu menjalankan proses fotosintisis. Bayangkan. Justeru kita wajib berterima kasih kerana Allah menyediakan kesemuanya itu. Kita sedar bahawa kita terlalu bergantung kepada Allah swt. Inilah hubungan yang hendak dibina dari sembahyang kita, dari ayat itu tadi sahaja, belum yang lain lagi.
Seterusnya, atas rasa terima kasih, kita juga harus mengambil sikap jangan merosakkan tumbuhan dan membunuh binatang tidak tentu pasal. Jadi tujuan membaca alhamdulillah itu tadi kerana Mentadbir alam sedemikian rupa.
Jadi, wajarlah jika sembahyang lelak berkenaan itu tadi ditolak kerana tidak mengetahui maksudnya ini.
Maksud ialah kefahaman yang lebih tepat sehingga dapat membina tali hubungan yang mantap yang meyakinkan, bukan hubungan pada tahap kulit-kulitnya sahaja. Jika sekadar mengetahui terjemahannya sahaja maka belum terbina hubungan yang dimaksudkan itu.
Sekian buat sementara waktu. Jika ada sebarang perkara yang hendak dibincang, ditanya sila tuliskan komen di bawah blog ini.
Terima kasih kerana sudi membaca, demi untuk kebaikan bersama.
Wallahu aalam.